Harga Emas Ar Rahnu Agrobank – Dalam keadaan ekonomi yang makin mencabar, ramai antara kita mula melihat emas bukan sahaja sebagai perhiasan tetapi juga sebagai aset simpanan dan pelaburan jangka panjang.
Salah satu institusi yang menawarkan kemudahan pajakan emas secara patuh syariah ialah Agrobank melalui perkhidmatan Ar-Rahnu. Nak tahu berapa harga emas Ar Rahnu Agrobank hari ini dan bagaimana sistem lelongannya? Jom kita semak info lengkap yang mungkin boleh bantu korang buat keputusan bijak.
Agrobank merupakan antara bank yang aktif menawarkan pembiayaan mikro dan perkhidmatan Ar-Rahnu kepada masyarakat, terutamanya golongan usahawan kecil. Harga emas semasa yang ditawarkan oleh Ar Rahnu Agrobank biasanya menjadi rujukan penting sebelum seseorang membuat keputusan untuk menggadai emas bagi mendapatkan tunai segera.
Apa Itu Ar Rahnu Agrobank

Sebelum kita pergi jauh, penting untuk faham dulu apa sebenarnya Ar-Rahnu. Ar Rahnu adalah satu skim gadaian Islam di mana emas dijadikan sebagai cagaran untuk mendapat pembiayaan tunai jangka pendek.
Di Agrobank, perkhidmatan ini sangat popular dalam kalangan pelanggan yang perlukan cash flow segera tetapi tak mahu menjual emas mereka.
Harga Emas Ar Rahnu Agrobank Hari Ini
Ramai tertanya-tanya, berapa harga emas Agrobank hari ini? Sebenarnya, harga emas Ar Rahnu Agrobank boleh berubah setiap hari bergantung kepada harga pasaran semasa. Namun begitu, Agrobank biasanya akan mengumumkan harga emas semasa Ar Rahnu Agrobank setiap pagi di laman rasmi mereka atau di cawangan-cawangan Ar Rahnu.
Sebagai rujukan, berikut adalah anggaran harga mengikut jenis emas (bergantung kepada berat dan ketulenan):
Jenis Emas | Harga Gadaian (RM/gram) |
---|---|
Emas 999 (24K) | RM 340 – RM 360 |
Emas 916 (22K) | RM 310 – RM 330 |
Emas 750 (18K) | RM 260 – RM 280 |
Nota: Nilai sebenar mungkin sedikit berbeza bergantung kepada pengiraan dan polisi semasa Agrobank. Untuk dapatkan harga tepat, disarankan semak terus di kaunter atau laman rasmi mereka.
Cara Kira Nilai Gadaian di Ar Rahnu Agrobank
Okay, let say korang ada seutas gelang emas 916 seberat 20 gram, macam mana nak kira nilai gadaian? Caranya simple je:
Formula asas:
Berat Emas x Harga Gadaian x Marhun (kadar margin)
Contoh:
- Berat = 20g
- Harga emas Ar Rahnu Agrobank = RM320
- Margin Marhun = 70%
20g x RM320 = RM6,400
RM6,400 x 70% = RM4,480
So, korang boleh dapat pinjaman lebih kurang RM4,480.
Agrobank biasanya tawarkan margin pembiayaan antara 65% hingga 75% bergantung kepada nilai semasa emas dan polisi semasa.
Harga Lelong Emas Ar Rahnu Agrobank
Ada juga yang berminat nak beli emas dari lelongan Ar Rahnu Agrobank. Ya, memang ada sesi lelong emas Ar Rahnu Agrobank yang dilakukan apabila pemilik emas gagal menebus semula dalam tempoh yang ditetapkan.
Proses lelong ni terbuka kepada orang awam dan biasanya diiklankan lebih awal. Harga lelong biasanya lebih rendah daripada harga pasaran sebab bank hanya nak tebus semula nilai gadaian.
Kelebihan Pajak Emas di Ar Rahnu Agrobank
Berbanding institusi lain, Agrobank ada beberapa kelebihan:
- Tidak perlu dokumen kewangan atau slip gaji
- Proses cepat dan mudah, biasanya siap dalam masa kurang 1 jam
- Sesuai untuk peniaga kecil dan mereka yang perlukan dana segera
- Emas disimpan dengan selamat dan boleh ditebus bila-bila masa dalam tempoh sah
Kesimpulan
Harga emas Ar Rahnu Agrobank adalah penentu utama untuk korang yang nak buat pajakan emas secara patuh syariah.
Sama ada nak pajak untuk kecemasan atau nak beli emas lelong dengan harga bawah pasaran, Agrobank memang antara pilihan utama rakyat Malaysia. Pastikan korang sentiasa update dengan harga emas Agrobank hari ini supaya boleh buat keputusan yang bijak dan tak rugi.
Jika korang berminat nak tahu lebih lanjut tentang jenis gelang emas yang sesuai untuk pajakan, boleh baca juga jenis gelang emas terkini yang sesuai untuk pelaburan dan pajakan.
Leave a Comment