Kedai Emas Setia Alam – Setia Alam bukan saja dikenali sebagai kawasan perumahan yang moden dan tenang, tapi juga lokasi popular bagi pencinta barang kemas.
Ramai yang suka shopping emas dekat sini sebab pilihan kedai emas dia memang banyak dan pelbagai.
Nak cari design moden, klasik, atau nak trade in emas lama pun semua boleh settle kat area ni. Lagi best, banyak kedai terletak dekat shopping mall besar macam Setia City Mall, jadi lepas cuci mata tengok barang kemas, boleh terus enjoy makan-makan dan window shopping.
Dari kedai lokal milik bumiputera, kedai yang fokus pada harga bajet, sampai ke jenama antarabangsa semua ada!
Sama ada korang tengah cari cincin tunang, gelang bayi, rantai emas 916 atau sekadar nak survey harga semasa, senarai kedai emas di Setia Alam ni confirm boleh bantu. Jom tengok satu-satu apa yang menarik kat setiap kedai emas dalam kawasan ni!
Senarai Kedai Emas Best di Setia Alam

1. Kedai Emas Fareha Setia Alam
Terletak di Alam Nusantara, Kedai Emas Fareha memang jadi port popular especially bagi wanita muda yang minat design trendy.
Kat sini, pilihan emas 916 dia memang banyak dari yang minimalis sampai yang heavy design pun ada.
Service pun tiptop, ramai puji staff dia mesra and tak pushy. Kalau korang tengah cari gelang tangan untuk daily wear atau cincin tunang yang simple tapi classy, boleh datang sini dulu. Plus, harga dia sangat kompetitif berbanding tempat lain.
4,5⭐⭐⭐⭐(312) |
79-G, Jalan Setia Utama AT U13/AT, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia |
Maps |
Isnin – Ahad (10.00 am – 5.30 pm) |
+60136667759 |
Baca Pula : 10 Kedai Emas Ampang Wajib Singgah Tahun Ini!
2. Kedai Emas Lotus Setia Alam
Bagi yang selalu shopping groceries di Lotus Setia Alam, jangan lupa singgah sekali kat Kedai Emas ni.
Kedai Emas di Lotus Setia Alam ni memang convenient sebab lepas beli barang dapur, boleh terus usha design emas yang up to date.
Kedai ni fokus pada design ringkas dan sesuai untuk pakai harian. Banyak pelanggan repeat datang sebab harga pun agak berbaloi dan mudah nak compare dengan tempat lain. Kalau nak cari emas bajet tapi tetap berkualiti, sini tempatnya.
3. Kedai Emas Taipan Setia Alam
Kedai Emas Taipan memang terkenal dengan koleksi emas 916 yang berkualiti tinggi. Apa yang menarik, banyak design kat sini dibuat khas ikut permintaan pelanggan, so boleh request custom design kalau nak. Kedai ni pun selalu buat promo harga rendah ikut market semasa. Kalau korang jenis yang suka something exclusive dan tak ramai orang pakai, memang wajib try datang ke sini. Sesuai juga kalau nak cari hadiah istimewa untuk orang tersayang.
4. Kedai Emas Anuar Setia Alam
Salah satu kedai emas bumiputera yang dah lama bertapak di kawasan Setia Alam. Kedai Emas Anuar selalu jadi pilihan sebab harga dia lebih telus siap letak harga semasa setiap hari. Ramai yang puji sebab dorang boleh runding harga dan trade-in emas lama pun mudah. Kalau korang first time beli emas dan nak dapatkan nasihat, boleh consider datang sini sebab staf dia very helpful and jujur explain pasal jenis emas dan nilai semasa.
5. Kedai Emas Noura Setia Alam
Walaupun alamat kedai ni technically kat Meru, ramai dari Setia Alam suka datang sini sebab service dia memang padu.
Kedai Emas Noura dikenali dengan servis personal dorang layan pelanggan macam kawan.
Design emas dia pun banyak yang sweet dan feminin, sesuai untuk gadis dan wanita muda. Banyak review kata harga dia berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan. Kalau suka suasana kedai yang cozy dan tak terlalu crowded, wajib try datang sini.
4,9⭐⭐⭐⭐(113) |
NO 8, JALAN 17/KU11, DESA BUKIT NILAM MERU, 2, Meru, 42200 Klang, Selangor, Malaysia |
Maps |
Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.30 pm) |
+60146365188 |
Baca Pula : 20 Kedai Emas Shah Alam dan Harga Terbaik
6. Kedai Emas Tanah Merah Setia Alam
Kedai ni memang rare sikit design dia banyak diinspirasikan dari budaya Kelantan, jadi ada vibe tradisional yang unik.
Terletak dalam kawasan mudah akses, jadi ramai pelanggan walk-in setiap hari. Mereka juga buat tempahan khas untuk majlis kahwin dan akikah.
Yang best, dorang buka setiap hari dari pagi sampai malam jadi sangat convenient especially bagi yang kerja office hour. Nak cari gelang kaki atau subang bayi? Kat sini confirm banyak pilihan.
Maps |
Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm) |
7. SK Jewellery, Setia City Mall
Satu jenama besar dari Singapura, SK Jewellery memang terkenal dengan design moden dan elegan.
Kedai dia dalam Setia City Mall, jadi senang nak cari dan parking pun mudah. Emas kat sini kebanyakannya 916 dan 999, dan dia juga ada jual berlian serta koleksi kahwin.
Ramai pelanggan suka sebab packaging dorang cantik dan sesuai untuk hadiah. Kalau korang nak beli barang kemas branded yang nampak eksklusif, SK Jewellery patut ada dalam list.
5,0⭐⭐⭐⭐⭐(975) |
Lot LG-48, Lower Ground Floor, Setia City Mall, 7, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia |
Maps |
Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm) |
+60333592833 |
8. Jewel4Cash Setia Alam
Ini bukan sekadar kedai emas, tapi juga tempat beli dan pajak emas. Jewel4Cash sesuai untuk sesiapa yang nak jual emas lama atau cari deal second-hand emas berkualiti.
Lokasi dia sangat strategik di tengah-tengah Setia Alam dan ramai suka sebab staff dia pandai explain tentang nilai emas dan cara penilaian.
Kalau korang ada bajet terhad tapi nak beli barang kemas, sini memang spot terbaik untuk cari emas preloved yang masih nampak baru.
4,2⭐⭐⭐⭐(279) |
NO:17, Seksyen U13, 1-2, Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia |
Maps |
Isnin – Sabtu (10.00 am – 6.00 pm) |
+60162933218 |
9. Diamond & Platinum (Setia City Mall)
Kalau suka design eksklusif dan tak kisah spend lebih sikit untuk quality, Diamond & Platinum memang patut korang singgah.
Kedai ni jual kombinasi emas putih, emas kuning dan platinum sesuai untuk engagement atau wedding ring.
Banyak juga pilihan berlian dan batu permata. Service pun kelas premium mereka akan layan korang dari A sampai Z. Lokasi pun dalam Setia City Mall, so lepas window shopping boleh terus decide cincin idaman.
4,9⭐⭐⭐⭐(279) |
U13, UG-13 Setia City Mall No. 7, Persiaran Setia Dagang, Seksyen, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia |
Maps |
Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm) |
+60333456478 |
Baca Pula : 15 Kedai Emas Bangi Paling Disukai
10. HABIB Setia City Mall
Siapa tak kenal HABIB kan? Brand tempatan yang memang dah establish sejak dulu.
Di Setia City Mall, outlet HABIB ni sangat lengkap dari koleksi klasik sampai design terkini semua ada.
Ramai yang datang sini untuk beli barang hantaran, hadiah anniversary atau trade-in emas lama.
Dorang selalu buat promo besar-besaran especially masa raya dan hujung tahun. Kalau nak beli emas dari jenama yang trusted dan ada waranti, sini memang terbaik.
4,5⭐⭐⭐⭐(253) |
LG-32, Setia City Mall, No 7, Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia |
Maps |
Isnin – Ahad (10.00 am – 10.00 pm) |
+60333456033 |
Leave a Comment